Mig33 Bogor

motor matic injeksi irit harga murah
 
IndeksIndeks  Portal*Portal*  FAQFAQ  PencarianPencarian  CalendarCalendar  PendaftaranPendaftaran  LoginLogin  

Share | 
 

 REMAJA HATI HATI DENGAN JERAT CINTA

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
wp...
Mega Member
Mega Member


Male
Number of posts : 743
Age : 34
Lokasi : Jakarta pusat
Room : Cempaka mas
Mig33 ID : wp...
Warning :
0 / 1000 / 100

Points : 25
Registration date : 08.10.08

PostSubyek: REMAJA HATI HATI DENGAN JERAT CINTA   Sun 26 Oct 2008, 23:50

CINTA itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya yang berlain-lain menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.”
-
Ilmuan tersohor Profesor Dr. Hamka
Sememangnya perasaan kasih dan sayang atau cinta adalah kurniaan Allah yang amat unik dalam diri setiap insan. Cinta luhur dan suci, namun mampu bertukar menjadi jerat memakan diri jika tidak diurus secara rasional.
Justeru, timbul isu-isu seperti lari dari rumah gara-gara mengikut teman lelaki. Lebih malang apabila ia membabitkan remaja bawah umur dan masih di bangku sekolah, sebagaimana yang banyak berlaku akhir-akhir ini.
Akibat ‘demam cinta’ mereka sanggup mengikut lelaki yang tidak diketahui asal-usulnya, sekali gus melukakan hati ibu bapa dan keluarga, serta menggadaikan masa depan dengan meninggal alam persekolahan.
Persoalan sekarang apakah faktor yang mendorong remaja ini bertindak senekad itu. Sejauh mana kefahaman mereka tentang istilah cinta yang sebenar atau sekadar suka-suka menyebutnya?
Sebelum persoalan ini dijawab, pakar motivasi, Dr. Robiah K. Hamzah, lebih suka menjelaskan istilah cinta itu sendiri.
Katanya, apa sahaja yang membuatkan mereka gembira, tenteram, kenyang dan menang, itulah cinta bagi remaja sekarang.
“Soal halal haram tidak ada lagi, asal sahaja keperluan dan kehendak mereka berjaya dicapai, itu sudah dianggap kemenangan besar,’’ ujarnya.
Malah katanya, dorongan-dorongan kepada minda seksualiti bahawa cantik, hebat dan popular itu lebih penting, secara tidak langsung membangkitkan keghairahan untuk melakukan sesuatu yang luar biasa.
Menerangkan lebih lanjut katanya, kurang kemahiran di kalangan ibu bapa dalam menangani anak-anak di peringkat usia ini, juga mendorong anak-anak remaja terjerumus kepada kancah tidak sihat.
Ini katanya, berkait rapat dengan cara dan bagaimana ibu bapa mahu berhadapan serta membangunkan minda mereka sesuai dengan kehendak remaja hari ini.
Malah lebih malang, apabila asas agama yang selama ini menjadi tunjang kepada kehidupan, tidak lagi berjaya disuburkan oleh ibu bapa di kalangan anak-anak mereka.
“Remaja hari ini jauh berbeza dengan remaja dahulu. Hakikat yang perlu diterima ibu bapa hari ini ialah cara mereka membesar jauh berbeza dengan anak-anak sekarang. Begitu juga dari segi keperluan, kehendak serta cabaran yang dihadapi,’’ ujarnya.
Malah katanya, ibu bapa perlu sedar tahap kematangan anak-anak mereka hari ini lebih cepat atas dorongan dan pengaruh persekitaran.

Berkasih sayang
Kematangan yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi keperluan fizikal tetapi termasuk dari segi biologi.
“Pada usia lapan atau sembilan tahun, ada yang sudah mencapai akil baligh. Keinginan untuk berkasih sayang dan tertarik kepada seseorang berlainan jantina sedikit sebanyak sudah berputik dalam diri anak-anak ini.
“Sebagai individu yang melalui proses peralihan dari usia kanak-kanak ke remaja, perasaan menyukai pada seseorang mudah timbul,’’ ujarnya.
Walaupun tidak salah kata Robiah, remaja ini harus dibimbing dengan betul tentang bagaimana untuk mengurus perasaan tersebut.
Peranan ibu bapa untuk memberitahu bahawa pada usia remaja keutamaan mereka adalah pelajaran sebagai permulaan bagi membina masa depan.
Cinta usia remaja atau lebih dikenali dengan jolokan ‘cinta monyet’ hanya menganggu tumpuan kepada pelajaran gara-gara hanyut dilanda perasaan.
Beliau berkata, emosi memang bersifat subjektif tetapi dalam usia muda, apa yang lebih menjadi tanggungjawab mereka ialah menghabiskan pelajaran bukan masanya untuk diamuk perasaan cinta.
Lebih teruk lagi jika jatuh hati pada lelaki yang baru sahaja dikenali hingga ada kalanya boleh memberi kesan psikologi kepada pelajar.
“Remaja harus ingat, pada waktu ini kesempatan terbaik untuk merencanakan masa depan, mencipta kejayaan dalam hidup, bukan hanya berangan-angan kosong,” katanya.
Robiah mengingatkan bahawa, kematangan yang tidak diurus dengan baik membuatkan ada antara remaja tidak berasa takut untuk meredah apa sahaja yang ada di luar dari rumah mereka.
Ini ditolak lagi oleh faktor persekitaran termasuk pendedahan yang dibuat media massa dan elektronik, sehingga remaja berasa mereka juga mempunyai hak dan kebebasan sendiri.
“Bagi anak remaja ini mereka berasa mereka sudah boleh membuat keputusan sendiri, tanpa perlu dikawal ibu bapa atau pihak sekolah,’’ ujarnya.<>
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
chawiel182
Hyper Member
Hyper Member


Male
Number of posts : 285
Age : 27
Lokasi : Majalengka
Room : Majalengka
Mig33 ID : chawiel182 & chawil
Warning :
0 / 1000 / 100

Points : 17
Registration date : 25.09.08

PostSubyek: Re: REMAJA HATI HATI DENGAN JERAT CINTA   Fri 31 Oct 2008, 22:27

iya aku setuju bangt ma saran nya kang...

INGAT penyesalan slalu datang teerakhir...!!!!

Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
p_____u_____t
Mega Member
Mega Member


Male
Number of posts : 641
Age : 27
Lokasi : west bogor
Room : bogor.rain.city
Mig33 ID : putraz_speed
Warning :
2 / 1002 / 100

Points : 10
Registration date : 09.08.08

PostSubyek: Re: REMAJA HATI HATI DENGAN JERAT CINTA   Sat 01 Nov 2008, 06:46

love is blind..
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
alma.
Mega Member
Mega Member


Male
Number of posts : 715
Age : 31
Lokasi : cibanteng
Room : semua rum di bogor,nu mane wae nu rame,tp rum utama adalah rum mb
Mig33 ID : alma.alma_donny
Warning :
0 / 1000 / 100

Points : 26
Registration date : 19.09.08

PostSubyek: Re: REMAJA HATI HATI DENGAN JERAT CINTA   Mon 15 Dec 2008, 07:58

p_____u_____t wrote:
love is blind..
gak bisa liat dong
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.hot-terus.com
Sponsored content




PostSubyek: Re: REMAJA HATI HATI DENGAN JERAT CINTA   Today at 19:26

Kembali Ke Atas Go down
 
REMAJA HATI HATI DENGAN JERAT CINTA
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Hati-hati dengan orang ini...
» Hati hati dengan Paddock anda...
» Hati-hati dengan jayaraya motorsport surabaya
» HATI HATI PEMASANGAN ENGINE STARTER
» HATI-HATI ADA YG JUAL KNALPOT YOSHI USA PALSU

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Mig33 Bogor :: RUMAH KITA :: Rumah BanCi ( Bantuan Cinta )-
Navigasi: